Tuesday, 23 August 2016

ALAT-ALAT CoRT 1

CoRT menggalakkan individu berfikir secara meluas.terdapat 7 jenis alat CoRT antaranya termasuklah:

  1. PMI (Plus, minus, Interesting):kebaikan, keburukan , dan menarik
  2. CAF (Consider All Factors):Mengambil kira semua faktor
  3. C&S(Consequence Sequal):Kesan mengikut jangka masa
  4. AGO(Aims, Goals & Objective):Tujuan, Matlamat dan Objektif
  5. FIP(First Important Priorities):Keutamaan mengikut kepentingan 
  6. APC(Alternatives, Possibalities & Choices):Alternatif, kemungkinan dan pilihan
  7. OPV(Other Peoples Views):Pandangan orang lain
Teknik Asas dan Teknik Paduan Dalam CoRT 1
CoRT 1 terdiri daripada 7 teknik asas dan 3 paduan.Sebagai contoh teknik asas PMI dan CAF boleh digunakan untuk mencipta peraturan baru.Rajah 1 menunjukkan 7 teknik asas bagi CoRT 1.
Alat-alat CoRT IV
CoRT IV membantu meningkatkan kreativiti iaitu menghasilkan persepsi yang baru.CoRT IV lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral.Istilah yang dicipta oleh Edward De Bono.Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.CoRT terdiri daripada 10 teknik.Alat-alat yang terdiri daripada CoRT IV biasanya digunakan adalah
 alat penggunaan YA, TIDAK dan PO.Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara Ya atau Tidak.Ia telah mantap dan kukuh.Tidak dapat diubah dan dipindah.Cort IVmemperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil PO.PO ialah:
  • Satu rekaan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian.

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
Pengurusan grafik
Definisi pengurusan grafik adalah bentuk-bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan bagi membantu kita memberi fokus kepada apa yang kita fikirkan.
Tujuan :

  1. supaya pemikiran kita lebih terarah, tersusun dan terancang.
  2. Hasinya lebih berstruktur dan senang difahami.
  3. menterjemahkan dalam bentuk nyata

Contoh penterjemah grafik:

  1. peta konse
  2. Gambarajah venn
  3. Carta alir
  4. Tangga hirarki
  5. Pohon fikiran 
Peta minda
Peta minda ialah satu lakaran grafik pemikiran individu.
Peranan peta minda adalah merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat satu persembahan.Antara kegunaannya ialah:
  1. Menyampaikan persembahan 
  2. Mengambil nota semasa ceramah atau kuliah
  3. Daya ingatan meningkat sebanyak 50%
  4. Membuat perancangan dalam pembelajaran, pengajaran, mesyuarat, membaca buku, dan lain-lain
contohnya ialah:
  1. Peta minda jenis cabang
  2. Peta minda jenis carta alir

i-THINK
definisi : Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh     digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. 

Peta I-Think:
1. peta buih
2. peta buih berganda
3. peta bulatan
4. peta pokok
5. peta alir
6. peta alir berganda
7. peta titi ( bridge map)
8. peta dakap

Sunday, 7 August 2016

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

Nota menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke empat catatan atau keterangan ringkas yang mengelaskan atau menghuraikan sesuatu.Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota penting dibuat kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjaga bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah suatu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesananya dalam proses pembelajaran.

ANNOTATION
Catatan yang dibuat oleh pengarang atau orang lain utuk menerangkan,mengomentari atau mengkritik teks karya sastera atau bahan tertulis lain.Menurut kamus dewan edisi keempat,anotasi adalah nota yang ditambah pada teks biasanya pada penulisan sastera sebagai penerangan.Menurut kamus pelajar edisi kedua pula,ia bermaksudnota atau catatan sebagai penerangan atau komen yang ditambah pada teks penulisan sastera atau bahan sastera yang lain.Teks yang dianotasi bertujuan untuk memudahkan pembacaan dan sekaligus lebih mudah untuk difahami.

cara membina nota annotation:
catatatan ditulis dengan menggunakan pen highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan.Nota yang diambil mestilah mempunyai beberapa elemen penting tersebut:
1)Maklumat bibliografi lengkap
2)Skop dan tujuan kerja berkenaan 
3)cadangan pembaca dan tahap kesukaran 
4)hubungan dengan tugasan yang akan anda laksanakan 
5)satu komen ringkas
6)Penjelasan sepanjang 100-200 patah perkataan 
7)Mana-mana bahagian yang sangat anda perlukan





































OUTLINES NOTE
Nota yang disediakan dalam bentuk 'points'. Menggunakan perenggan, nombor, atau perkataan dalam menyenaraikan point utama dan subpoint Point utama adalah fokus kajian/isu keprihatinan manakala subpoint adalah isu keprihatan/fokus kajian, tinjaun masalah dan analisis masalah.













COLUMN NOTES 
Nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. kolum sebelah kiri adalah idea utama/ tajuk atau subtajuk. Kolum sebelah kanan adalah penerangan\penjelasan kepada tajuk dann subtajuk











NOTA RUMUSAN 
Nota rumusan merupakan nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca ataupu yang didengari buka membuat ringkasan.