Nota menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke empat catatan atau keterangan ringkas yang mengelaskan atau menghuraikan sesuatu.Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota penting dibuat kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjaga bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah suatu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesananya dalam proses pembelajaran.
ANNOTATION
Catatan yang dibuat oleh pengarang atau orang lain utuk menerangkan,mengomentari atau mengkritik teks karya sastera atau bahan tertulis lain.Menurut kamus dewan edisi keempat,anotasi adalah nota yang ditambah pada teks biasanya pada penulisan sastera sebagai penerangan.Menurut kamus pelajar edisi kedua pula,ia bermaksudnota atau catatan sebagai penerangan atau komen yang ditambah pada teks penulisan sastera atau bahan sastera yang lain.Teks yang dianotasi bertujuan untuk memudahkan pembacaan dan sekaligus lebih mudah untuk difahami.
cara membina nota annotation:
catatatan ditulis dengan menggunakan pen highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan.Nota yang diambil mestilah mempunyai beberapa elemen penting tersebut:
1)Maklumat bibliografi lengkap
2)Skop dan tujuan kerja berkenaan
3)cadangan pembaca dan tahap kesukaran
4)hubungan dengan tugasan yang akan anda laksanakan
5)satu komen ringkas
6)Penjelasan sepanjang 100-200 patah perkataan
7)Mana-mana bahagian yang sangat anda perlukan
OUTLINES NOTE
Nota yang disediakan dalam bentuk 'points'. Menggunakan perenggan, nombor, atau perkataan dalam menyenaraikan point utama dan subpoint Point utama adalah fokus kajian/isu keprihatinan manakala subpoint adalah isu keprihatan/fokus kajian, tinjaun masalah dan analisis masalah.
COLUMN NOTES
Nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. kolum sebelah kiri adalah idea utama/ tajuk atau subtajuk. Kolum sebelah kanan adalah penerangan\penjelasan kepada tajuk dann subtajuk
NOTA RUMUSAN
Nota rumusan merupakan nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca ataupu yang didengari buka membuat ringkasan.
No comments:
Post a Comment