- PMI (Plus, minus, Interesting):kebaikan, keburukan , dan menarik
- CAF (Consider All Factors):Mengambil kira semua faktor
- C&S(Consequence Sequal):Kesan mengikut jangka masa
- AGO(Aims, Goals & Objective):Tujuan, Matlamat dan Objektif
- FIP(First Important Priorities):Keutamaan mengikut kepentingan
- APC(Alternatives, Possibalities & Choices):Alternatif, kemungkinan dan pilihan
- OPV(Other Peoples Views):Pandangan orang lain
Teknik Asas dan Teknik Paduan Dalam CoRT 1
CoRT 1 terdiri daripada 7 teknik asas dan 3 paduan.Sebagai contoh teknik asas PMI dan CAF boleh digunakan untuk mencipta peraturan baru.Rajah 1 menunjukkan 7 teknik asas bagi CoRT 1.
Alat-alat CoRT IV
CoRT IV membantu meningkatkan kreativiti iaitu menghasilkan persepsi yang baru.CoRT IV lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral.Istilah yang dicipta oleh Edward De Bono.Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.CoRT terdiri daripada 10 teknik.Alat-alat yang terdiri daripada CoRT IV biasanya digunakan adalah
alat penggunaan YA, TIDAK dan PO.Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara Ya atau Tidak.Ia telah mantap dan kukuh.Tidak dapat diubah dan dipindah.Cort IVmemperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil PO.PO ialah:
- Satu rekaan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian.